PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Wednesday, April 23, 2014






UNDANG-UNDANG BERMUSIM TEKAN PEMANDU BAS

Petikan dari sinar harian 18.04.2014

ALOR SETAR-Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia,mengharapkan kerajaan tidak terus menekan pemandu bas dengan penguatkuasaan undang-undang secara bermusim.

    Presidennya,Sa'adan Bin Man berkata,langkah meningkatkan tahap keselamatan penumpang bas adalah baik,namun ia tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa sekaligus memberi tekanan kepada pemandu.

   Katanya,kerajaa perlu seiring menjaga kebajikan pemandu dan menguatkuasakan undang-undang.

   "Kita bukan tak sokong yang mana baik untuk keselamtan penumpang,Namun apa yang kita lihat sekarang ini kerajaan menguatkuasakan undang-undang secara bermusim.

      "Kerajaan juga perlu mengambil berat terhadap pemandu bas ", katanya semalam.

         Sebelum ini,media melaporkan kerajaan akan mewajibkan setiap bas ekspress baharu mempunyai tali pinggang keledar di setiap tempat duduk penumpang. 

       Timbalan Menteri Pengangkutan,daruk Ab Aziz Kaprawi berkata,langkah itu yang berkuat kuasa serta merta bertujuan memastikan keselamtan penumpang lebih terjamin.

       "Saya akui tali pinggang keledar penting bahi menjamin keselamatan penumpang,ia boleh diteruskan penggunaannya",katanya.

 

 

 



Saturday, August 11, 2012

Ops Selamat ganti Ops Sikap mulai Aidilfitri

Kuala Lumpur: Selepas 25 musim perayaan, Ops Sikap yang memainkan peranan penting dalam penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan jalan raya kini akan digantikan dengan Ops Selamat 1.

Ops Selamat 1, yang dilancarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, di Shah Alam, Selangor, hari ini, tidak hanya tertumpu kepada kempen keselamatan jalan raya semata-mata, sebaliknya turut merangkumi kempen keselamatan secara menyeluruh.

Jamin keselamatan awam

Difahamkan konsep dan skop Ops Selamat 1, bakal memberikan rakyat berasa lebih yakin dan selamat dengan kehadiran serta kesungguhan Polis Diraja Malaysia dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam semasa musim perayaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Jabatan Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, dipertanggungjawabkan untuk memikirkan langkah dan cara terbaru yang lebih proaktif bagi memastikan keselamatan pada musim perayaan.

“Ops Selamat 1 adalah satu bentuk pembaharuan dalam penugasan dan penguatkuasaan PDRM pada musim perayaan bagi mencapai objektif sebenar untuk memastikan rakyat berasa selamat tanpa timbul sebarang rasa takut.

“Justeru, Ops Selamat merangkumi segala bentuk keselamatan iaitu keselamatan di jalan raya, selamat daripada sebarang aktiviti jenayah serta menyambut perayaan dengan perasaan gembira dan sentiasa berasa selamat,” katanya selepas menghadiri majlis membungkus kuih raya PDRM di Bukit Aman, semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai Ops Selamat 1 dan hanya akan mengumumkan pada majlis pelancaran hari ini.

“Paling penting ialah rakyat tidak berasa takut berhubung keselamatan mereka berikutan banyak kejadian jenayah dilaporkan berlaku.

“Sebaliknya mereka lebih selamat dengan kehadiran polis di sekeliling mereka pada musim perayaan.

“Sepanjang Ops Selamat pengguna jalan raya diminta lebih berwaspada ketika memandu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sebanyak 4,700 bungkusan hari raya yang mengandungi kuih raya dan kain pelekat dibungkus untuk diserahkan kepada pegawai dan anggota PDRM yang bertugas pada musim perayaan ini.



Saturday, August 4, 2012

Pemandu, pengusaha bas tak sebulu isu alat ganti

Orang ramai diminta kemukakan maklumat kepada SPAD

KUALA LUMPUR: Dua persatuan pemandu bas – Persatuan Pemandu Bas Melayu Semenanjung Malaysia (PPBMSM) dan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Semenanjung Malaysia (PMBOA) – berbeza pandangan berhubung penggunaan alat ganti tiruan yang didakwa dilakukan syarikat pengusaha bas bagi mengurangkan kos penyenggaraan kenderaan.
Presiden PPBMSM, Mohd Yasim Yaacob mengakui kecenderungan syarikat pengusaha bas menggunakan alat ganti tiruan yang menurutnya diamal sejak 1980-an.

“Kebelakangan ini kerap berlaku kemalangan membabitkan bas yang dipercayai menggunakan alat ganti tiruan berbanding dulu, kini ada alat ganti tiruan pelbagai gred.

“Sudah tentu pengusaha akan memilih alat ganti yang paling murah bagi meminimumkan kos, terutama membabitkan komponen penting, termasuk brek,” katanya di Kuantan semalam sebagai menyokong kenyataan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak yang mendedahkan kecenderungan pengusaha bas menggunakan alat ganti tiruan.
Mohd Yasim berkata, penggunaan alat tiruan sudah lama berlaku, tetapi tidak ramai yang melaporkan kepada pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan ramai di kalangan ahli mengadu kepada persatuan mengenai perkara itu.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan Presiden PMBOA, Datuk Mohamad Ashfar Ali, berkata sehingga kini tidak ada bukti yang mengesahkan dakwaan alat ganti tiruan menjadi punca nahas kemalangan jalan raya yang menunjukkan dakwaan itu tidak berasas.

Sehubungan itu, beliau mahu Zainal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Jika ada pengusaha bas didapati bersalah menggunakan alat ganti tiruan saya tidak menghalang agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas pengusaha bas terbabit. Isu itu membabitkan soal keselamatan pengguna dan orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menggesa pengusaha dan operator bas awam supaya tidak menggunakan alat ganti kenderaan tiruan ketika menyelenggara kenderaan.

Beliau berkata, penggunaan alat ganti tulen kenderaan menjadi antara elemen terpenting dan tidak boleh dikompromi sekali pun atas alasan mengurangkan kos selenggara kerana jika diabaikan ia boleh mengancam keselamatan penumpang.   

“Sudah menjadi tanggungjawab syarikat untuk menentukan alatan untuk penyelenggaraan yang hendak digunakan bukan alat yang tiruan, ia mestilah alat ganti tulen,” katanya selepas merasmikan Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini.