PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Wednesday, August 26, 2009

Diari 1 : Seorang Insan Bergelar Pemandu

Pernah ke kita terfikir untuk menjadi seorang pemandu bus? Tanyalah kepada semua kanak-kanak baik yang sekolah rendah atau pun menengah yang pasti tidak seorang pun yang bercita-cita menjadi pemandu bas yang berjaya. Sebabnya kerjaya sebagai pemandu sentiasa dipandang serong dan hina di sisi masyarakat terutamanya ketika berlakunya kemalangan yang melibatkan bas.
Saya cuba mencungkil kehidupan seorang pemandu dan contoh yang terdekat adalah pemandu bas ekspress dari Melaka ke Pulau Pinang. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatannya seperti KKKL, KPB, JJ, Sweet Memory, Transnasional, Mayang Sari dan Shamisha. Perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang mengambil masa kira 7-8 jam, ini bermakna bas tersebut akan sampai pada pukul 5-6am sekiranya mereka bertolak pada pukul 10 mlm. Pertukaran pemandu akan dibuat dipertengahan perjalan samada di Slim River, Simpang Pulai ataupun di hentian Bikam. Pemandu 1 akan tidur dan pemandu ke 2 akan mengambil alih pemanduan hingga ke Pulau Pinang. Waktu tidur pemandu 1 akan bermula pukul 3am hingga 8am iaitu kira-kira 5 jam. Di sinilah bermulanya kehidupan seorang pemandu, pernah ke kita terfikir di mana pemandu akan membersihkan diri? Sedihnya rasanya bila mereka terpaksa mandi di tandas-tandas yang kecil seperti di stesen-stesen minyak ataupun di tandas-tandas awan di perhentian bas. Kita cukup berbangga mempunyai perhentian-perhentian bas yang hebat seperti Melaka Sentral tetapi cukup memalukan bila bilik mandi untuk pemandu tidak disediakan. Akan disambung...