Kemalangan demi kemalangan yang melibatkan bas berlaku hampir setiap hari. Mungkin oleh kerana tekanan daripada pihak atasan, JPJ akan mengadakan pemeriksaan terhadap bas dan akan membuka kaunter di terminal bas seluruh negara. Sila klik disini.
Seperti biasa, bila dah hujan baru payung nak dicari. Masalah kemalangan bas tidak akan selesai selagi masalah pokok tidak diselesaikan. Masalah pokoknya ialah gaji pemandu bas yang terlalu rendah dan bergantung kepada berapa banyak trip yang boleh dibawa untuk mendapat bayaran yang tinggi.
Masalah ini langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri dan pimpinan negara. Semuanya menyalahkan pemandu bas dan jalan raya. Malahan unsur mistik cuba dikaitkan dengan mengatakan bahawa tempat kemalangan “keras”. Memanglah keras. Kalau tak percaya cuba mereka hantukkan kepala dijalanraya itu. Keras atau tidak?
Kemalangan demi kemalangan akan terus berlaku jika masalah gaji pemandu bas tidak diselesaikan. Jika pemandu-pemandu bas mendapat gaji pokok yang tinggi, sudah tentu mereka tidak akan hairan untuk mengejar trip.
Kepada semua pemandu-pemandu bas. Bersatulah dan gunakanlah kuasa anda. Jika mereka terus menindas, jangan berikan undi anda kepada mereka. Jika parti pembangkang juga tidak ada apa-apa polisi untuk pemandu bas, maka boikotlah pilihanraya.
Jangan jadikan diri terlalu murah. Jika duit diberi, ambil tetapi undi adalah rahsia. Demokrasi bukan sahaja pilihanraya. Jika penindasan berterusan, pakat ramai-ramai untuk protes dengan tidak memandu bas. Biar pegawai polis dan JPJ yang memandu bas. Mari kita tengok sama ada selamat atau tidak!
http://aminiskandar.wordpress.com/2007/08/22/jpj-periksa-bas-di-terminal-berapa-lama-boleh-tahan/