PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Wednesday, June 30, 2004

Bela nasib pemandu bas

PUTRAJAYA: Nasib pemandu bas di negara ini akan lebih terbela sekiranya cadangan Kementerian Sumber Manusia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan mengenai nasib mereka diluluskan kerajaan.
Suruhanjaya itu akan bertindak mengumpul data berhubung pelbagai perkara membabitkan pemandu bas terutama masalah gaji rendah, waktu bekerja dan masa rehat yang tidak mencukupi.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn, berkata cadangan penubuhan suruhanjaya itu dibuat selepas pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan pemandu bas yang mendakwa tidak mendapat gaji setimpal dan rehat mencukupi.
"Ini kerana ketika hari tidak bekerja, mereka melakukan kerja lain untuk menambah pendapatan kerana gaji menyara hidup masing-masing tidak mencukupi.
"Kemnetrian akan mencadangkan penubuhan suruhanjaya itu kepada Kabinet minggu depan dan jika dipersetujui, mereka akan menjelajah seluruh negara untuk mendengar sendiri masalah dihadapi pemandu bas dari segi gaji, syarat kerja dan sebagainya," katanya pada mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri kementerian itu, Datuk Abdul Rahman Bakar.
Dr Fong berkata, suruhanjaya itu diberi masa tiga bulan mengumpul data berkaitan pemandu bas di negara ini.

http://www.mohr.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=319&Itemid=161