PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Friday, June 26, 2009

PPBSM bela nasib pemandu bas

Oleh Fauzi Rahim Mustafa
fauzee@hmetro.com.my

SUNGAI PETANI: Nasib pemandu bas ekspres atau persiaran di negara ini kini terbela selepas pendaftaran Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) diluluskan 26 Februari tahun lalu.

Setiausaha PPBSM, Saadan Man, berkata permohonan dibuat 7 Oktober 2007.

“Belum ada pertubuhan seumpama ini dan keadaan itu menjadikan pemandu bas seperti tidak dibela terutama jika kemalangan berlaku.

“Penubuhan PPBSM mampu menjaga kepentingan dan membela pemandu daripada terus dipersalahkan setiap kali berlaku kemalangan,” katanya kepada Metroplus selepas Mesyuarat Agung PPBSM Kali Kedua di sini, baru-baru ini.

Idea penubuhan itu diccetus bekas Presidennya, Adnan Bakar.

Katanya, PPBSM juga akan menyusun semula jadual pemanduan untuk memberi lebih masa rehat.

“Kami mungkin akan hadkan pemanduan supaya tidak lebih 20 kali sebulan demi kepentingan pemandu dan penumpang,” katanya.

Ahli dikenakan yuran RM5 sebulan dan menerima jaket seragam serta pelekat logo apabila mendaftar.
“Mereka boleh hubungi saya di 019-5061428 atau Ishak Hashim, 012-4211214 atau datang ke alamat F637, Kampung Padang Temusu, 08000 Sungai Petani,” katanya.