PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Monday, January 25, 2010

Pemandu bas ekspres malam ‘pelesit’


SEBUAH bas ekspres memotong dengan laju bas ekspres lain di laluan kanan di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, awal pagi Khamis lalu.

LAPORAN penyiasatan Unit Khas Utusan Malaysia kali ini menemukan suatu gejala sangat berbahaya iaitu lebuh raya dijadikan ‘perangkap maut’ oleh pemandu-pemandu bas ekspres malam.

Pemandu-pemandu ini lebih layak digelar ‘pelesit’. Perbuatan mereka menjadikan nyawa orang ramai sebagai sandaran sukar diampunkan. Namun apa yang menghairankan, fenomena itu seolah-olah dibiarkan.

Sebahagian besar bas ekspres malam dipandu sangat laju. Malah ‘pelesit-pelesit’ ini memandu berbahaya, memotong secara zig-zag dan melakukan kesalahan lain tanpa menghiraukan nyawa penumpang.

Selama empat malam berturut-turut, wartawan AZRAI MOHAMMAD bersama jurugambar MUHD. HAFIZH KHOSMAT dan AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN mengekori serta menaiki sendiri bas ekspres yang melalui Lebuh Raya Utara Selatan kedua-dua arah.

Lebih 20 bas ekspres diekori dan dipantau secara khusus. Hasil penyiasatan sangat menakutkan – 15 daripadanya dipandu purata 120 kilometer sejam (km/j) selain melakukan pelbagai kesalahan lain.

Ikuti Bahagian I laporan penyiasatan berkenaan hari