PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Monday, March 1, 2010

TV3 Buletin Utama 27hb Feb 2010 ( Pemandu mental kelas ke 3 )



Tuan,
Sungguh memalukan dan suatu penghinaan apabila penyampaian berita En Izuan dalam buletin utama bertarikh 27 Feb 2010 menyatakan pemandu bas ekspress mental kelas ke 3 padahal gara-gara kesesakan di Puduraya disebabkan pemandu tersebut tidak mempunyai kad akses disediakan oleh UDA Holding yang disampaikan oleh wartawan nurul huda.


Saya mewakili persatuan pemandu mengambil inisiatif agar wartawan menyampaikan berita dan kisah melalui Ijazah Kewartawanan iaitu ilmu bukan seperti pemandu-pemandu yang mungkin bersekolah setakat SPM. Apakah sebenarnya yang berlaku sehingga peristiwa itu berlaku? Siapakah yang bersalah dalam hal yang tersebut? Tanyalah LPKP yang meluluskan permit bas yang dibenarkan menurunkan penumpang di Kuala Lumpur tapi adakah bas tersebut mempunyai kad akses tersebut untuk menurunkan penumpang. Apabila Puduraya diwartakan tidak dibenarkan menurunkan penumpang ditepi-tepi jalan yang mengakibatkan dikompaun sehingga RM300 maka dengan sendirinya pemandu-pemandu yang mempunyai permit rojak dari LPKP memasuki Puduraya untuk mengelak di kompaun. RM300 bersamaan 3 hari bekerja tanpa gaji, bodohnya kita mempunyai pekerjaan yang sia-sia. Sepatutnya pengusaha dipersalahkan bukan pemandu yang jadi mangsa keadaan, apakah ini syarikat pemandu yang punya?LPKP hanya tahu meluluskan tanpa mewajibkan pengusaha megikut garis panduan tapi yang jadi mangsanya pemandu. Laluan tiada permit yang jadi mangsanya juga tetap pemandu bila mereka disaman atas kesalahan yang tidak sepatutnya mereka tanggung dan kita lihat berpuluh-puluh saman dikeluarkan pada pemandu. Dimanakah sebenarnya keadilan?


Cukup pedih apabila pemandu bas sentiasa ditohmah dengan bermacam-macam mentang-mentang ler mereka tidak ada pendidikan yang tinggi dan media sentiasa memperkotak katikkan mereka termasuklah TV3, pernahkah wartawan yang bijak pandai menyelongkar masalah menyelubungi pemandu dari tanpa potongan EPF. SOSCO? Adapun potongan EPF pula seminima yang mungkin yang sepatutnya aduan dibuat tapi tidak satu pun pihak yang berjuang untuk menaikkan taraf kehidupan pemandu walaupun hampir 20 tahun pelbagai benda yang naik tapi taraf pemandu di takuk yang lama. 1 Malaysia hanya tinggal slogan adalah kerana media inginkan sensasi tanpa menyelidiki kebenaran yang ada. Mangsanya tetap pemandu, pengusaha buat untung berjuta2 tapi pemandu kena bayar saman bertimbun2.


Lawati http://www.tintapemandu.blogspot.com/ untuk mendapat gambaran sebenar kehidupan pemandu. Sekian Terima Kasih.