PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Friday, August 26, 2011

Jangan hanya salahkan pemandu bas - PPBSM


26/08/2011 6:44pm
Oleh AZELI ALI



BUTTERWORTH 26 Ogos - Orang ramai diminta tidak meletakkan kesalahan 100 peratus kepada pemandu bas sekiranya berlaku kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan kemalangan maut sepanjang musim perayaan ini.


Ini kerana pertambahan bilangan kenderaan lain seperti kereta dan motosikal sebanyak tiga kali ganda di atas jalan raya berbanding hari biasa turut menyumbang kepada kemalangan jalan raya.



Pengerusi Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM), Sa'adan Man berkata, terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi punca kemalangan seperti pertambahan pemandu baru yang kurang cekap serta keadaan jalan raya.



"Pemandu bas terutama bas ekspres adalah pemandu profesional dan kebanyakan mereka memiliki pengalaman dalam pemanduan, pastinya keselamatan pengguna sentiasa dalam fikiran mereka.



"Namun, saya akui mungkin berlaku beberapa kemalangan yang berpunca daripada pemandu bas, tetapi peratusannya agak kecil dan kita sentiasa memantau kejadian yang berlaku serta berusaha memperbaikinya," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai kempen keselamatan jalan raya sempena Aidilfitri bersama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang di Terminal Bas Sementara Penang Sentral, di sini semalam. - Utusan