PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Thursday, April 29, 2010

Jawapan kepada KWSP

Terima Kasih dan amat berbesar hati dengan jawapan dari pihak Tuan KWSP cuma pernahkah pihak Tuan terfikir sekiranya saya atau kawan-kawan mengikut saranan dan cadangan pihak Tuan, kami sebenarnya menuangkan pasir di periuk nasi kami sendiri. Adakah ini dimanakan rahsia?Ini merupakan satu langkah yang sungguh defensif dari KWSP dan patutlah cukup sukar untuk kita mendengar KWSP mengambil langkah-langkah perundangan terhadap syarikat-syarikat yang tidak mencarum dan amat berbeza dengan agensi yang proaktif seperti PERKESO. Patutlah ramai rakan-rakan kami enggan membuat aduan dan lihatlah apa hasilnya. Sedih dan amat kecewa. Kecewa... Itulah yang saya dan kawan-kawan saya dapat rasakan. Kalau beginilah caranya pihak KWSP bertindak, patutlah banyak syarikat-syarikat yang buat tak kisah tentang kewajipan caruman ini. Cuma suara ini juga dikongsikan bersama dilaman web http://www.tintapemandu.blogspot.com/ dan juga facebook Persatuan Pemandu-Pemandu Bas Semenanjung Malaysia sekadar berkongsi rasa kecewa dengan rakan-rakan. Nak diluah mati anak, nak ditelan mati bapa...Inilah perumpamaan yang dapat saya gambarkan.