PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Wednesday, February 3, 2010

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

TAHUKAH anda bahawa sebanyak 661 penumpang bas ekspres di negara ini terbunuh dalam tempoh tahun 2000-2008. Ia bersamaan sebuah Boeing 777 dan Boeing 737 terhempas dan semua penumpangnya mati.
Daripada jumlah nahas bas ekspres itu; tujuh nahas berskala tragedi. Terbaru bulan lalu, 10 terkorban apabila sebuah bas ekspres terbabas dekat Plaza Tol Jelapang, Ipoh – kerana pemandunya dipercayai mengantuk.
Pemberita dan jurugambar dari Unit Khas Utusan Malaysia membuat siasatan dengan mengekori bas-bas ekspres selama empat hari empat malam. Mereka mendapati rata-rata pemandu memandu melampaui had laju dibenarkan.
Para pemandu turut menggunakan alat komunikasi untuk berhubung antara satu sama lain bagi memaklumkan operasi pihak berkuasa. Sampai di lokasi perangkap, mereka perlahan, selepas itu kembali memecut. Ia adalah penipuan yang tidak bertanggung jawab.
Apabila pemberita Utusan bertanya mengapa bawa melebihi 90 km/j, mereka berkata: ‘‘Kelajuan kereta anda dengan bas tidak sama.’’
Itulah mentaliti pemandu bas kita. Jika pemandu kapal terbang juga diambil daripada kalangan mereka, habislah kita semua.
Awang merasakan pemandu bas juga perlu ada serba sedikit asas ilmu fizik, atau asas pendidikan yang tinggi.
Awang – Tidak tangkap muat.