PERSATUAN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MEMANDU - PPBSM


Wednesday, April 28, 2010

KWSP

Maklumbalas KWSP
Assalammualaikum ,
Terima kasih atas pertanyaan tuan bertarikh 27 April 2010 berkenaan caruman KWSP. Untuk makluman tuan, berdasarkan semakan kami melalui nombor Kad Pengenalan yang tuan kemukakan, tuan masih belum lagi berdaftar sebagai ahli KWSP. Oleh itu, kami menyarankan agar tuan membuat pendaftaran KWSP dengan melengkapkan Borang Pendaftaran, KWSP 3. Borang yang lengkap berserta salinan Kad Pengenalan (MyKad) tuan boleh dihantar di mana-mana pejabat KWSP yang berhampiran. Setelah mendaftar, tuan dinasihatkan agar memberikan nombor KWSP tuan kepada majikan untuk tujuan potongan dan bayaran caruman KWSP. Bagaimanapun, sekiranya majikan enggan untuk mencarum untuk tuan dan gagal membayar caruman yang tertunggak sejak tuan mula bekerja, tuan dinasihatkan agar membuat aduan di kaunter KWSP yang berhampiran untuk siasatan dan tindakan lanjut oleh pihak KWSP. Ingin kami tekankan bahawa setiap majikan yang mengambil pekerja diwajibkan oleh undang-undang untuk membuat caruman KWSP, bagi kedua-dua bahagian Pekerja dan Majikan, pada kadar semasa yang dinyatakan di dalam Jadual Ketiga Akta KWSP 1991. Majikan wajib mencarum untuk pekerja yang di ambil secara tetap, kontrak, atau sambilan samaada diberi upah secara bulanan, mingguan, harian atau mengikut jam berdasarkan definasi upah pada Akta KWSP 1991 seperti di pautan berikut: Definasi Upah. Sekiranya majikan gagal membayar caruman, majikan boleh dikenakan penalti dan tindakan undang-undang di bawah Akta KWSP 1991. Sehubungan itu, sekiranya majikan tuan gagal mencarum untuk tuan dan / atau sekiranya majikan tuan gagal mendaftar dengan KWSP, tuan dinasihatkan agar membuat aduan rasmi di kaunter KWSP yang berhampiran dan melengkapkan Borang KWSP 1879 dan Borang KWSP 24, dengan bantuan Pegawai KWSP. Bagi mempercepatkan proses, maklumat yang lengkap seperti dibawah perlu diberikan: 1. Maklumat pengaduNama penuh seperti dalam kad pengenalan; Nombor kad pengenalan; Nombor ahli KWSP Nombor Telefon2. Maklumat mengenai majikan pengaduNama majikan (syarikat); Alamat majikan; Nombor KWSP majikan (sekiranya ada); Nombor telefon majikan; Nama pegawai yang bertanggungjawab membuat bayaran gaji.3. Maklumat lain seperti gaji bulanan serta bulan caruman yang gagal dicarum oleh majikan. Bagi tujuan siasatan oleh KWSP, tuan perlu mengemukakan mana-mana dokumen sokongan untuk membuktikan pertalian majikan-pekerja diantara tuan dan majikan tuan seperti yang disenaraikan di bawah: · Surat tawaran kerja;· Slip gaji;· Surat kenaikan pangkat (jika ada);· Surat pemberhentian kerja (jika ada);· Borang EA / Borang J (jika ada);· Lain-lain dokumen sokongan yang boleh menyokong pertalian diantara majikan dengan pekerja seperti Kad Perakam Waktu bekerja dan sebagainya. Tempoh masa yang diperlukan bagi menyelesaikan kes aduan majikan gagal mencarum akan dapat dipercepatkan sekiranya: Majikan sudah membayar caruman tetapi tidak dikreditkan kerana maklumat tidak lengkap; Majikan membayar caruman sebaik sahaja aduan dibuat; Pengadu dapat membekalkan maklumat yang lengkap mengenai butiran majikan.Walau bagaimanapun, tempoh yang agak lama diperlukan sekiranya melibatkan majikan yang mempunyai masalah kewangan, laporan dibuat terlalu lewat, melibatkan amaun yang besar serta melibatkan pendakwaan mahkamah. Sebarang pertanyaan berkenaan KWSP, tuan boleh:- a. Kunjungi Pejabat KWSPb. Hubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000 dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 petang : Isnin hingga Jumaat kecuali pada hari cuti umum dan cuti umum negeri Selangor.c. Layari laman web rasmi KWSP : http://www.kwsp.gov.my/d. Maklumbalas secara 'online' melalui http://enquiry.kwsp.gov.my/ KWSP amat menghargai pertanyaan tuan dan kami berharap untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada tuan di masa akan datang. Sekian, terima kasih. "ANDA KEUTAMAAN KAMI" Yang benar SuzanaEksekutif Khidmat PelangganKUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA